aku berdiri menjadi malam
duduk bertukar siang
berjalan sebagai petang
baring seakan pagi
untuk hidup sebagai bumi
pada rumput, pada angin pada gunung, pada hujan ini sebuah pesan tidak akan hilang wujud diri selagi tiada izin tuhan.
selagi mahu tuhan ajar akar mencengkam awan berkitar dan berpusar
"Jika aku menulis lagi berarti aku tengah menangis rindu pada illahi"
Ucap penyair muda dengan tinta sepi